Menu
Nurul Ulfah (pelakon suara) SinopsisKebanyakan gelagat lucu di dalam siri ini disebabkan oleh penggunaan bahasa Shin-chan yang salah dan kadang-kadang dianggap agak janggal, serta perangainya yang nakal. Lawak-lawak sebegini mungkin sukar diterjemah untuk pembaca dan penonton yang tidak berbahasa Jepun, maka para penterjemah di serata dunia terpaksa menulis lawak sendiri untuk mengatasi masalah ini. Shin-chan sering mempermainkan dan mempersenda ibu bapanya dengan kesilapannya menggunakan perkataan yang betul.
Jalan-jalan cerita yang digambarkan di dalam anime Shin-chan berdasarkan cerita yang di dalam komiknya. Rancangan anime ini telah mendapat kontroversi yang dicetuskan oleh ibu bapa yang bimbang bahawa watak utama, iaitu Shin-chan, menjadi contoh yang tidak baik untuk penonton-penonton kecil. Shin-chan sering dibandingkan dengan Bart Simpson dalam sitkom animasi barat The Simpsons, tetapi kedua-dua watak animasi ini jauh berbeza. Contohnya, Bart lebih tua dan nampaknya lebih sengaja berbuat nakal berbanding Shin-chan yang kenakalannya cuma disebabkan ketidakendahannya untuk berkelakuan baik sesuai dengan umurnya.
Punca kontroversi siri Krayon Shin-chan adalah sikap watak utamanya yang adakala mendedahkan alat kemaluan dan punggungnya di depan ibu bapanya, kawan-kawannya malah di khalayak umum, tanpa secebis rasa malu.
Menu
Nurul Ulfah (pelakon suara) SinopsisBerkaitan
Nurul Nurul Izzah Anwar Nurul Fatiha Abd Hamid Nurul Huda Abdullah Nurul Fariha Onn Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain Nurul Syazwani Noh Nurul Amin Hamid Nurullah Abd Hamid Nurul (album 1995)Rujukan
WikiPedia: Nurul Ulfah (pelakon suara)